Thursday, May 30, 2013

Selamat Tinggal Dunia Diploma

Assalammualaikum

Hai uolls. Apa khabar? Aku rasa memang dah lama sangat tak menjenguk blog ni. Bukan apa, rasa macam mood menulis tu nak datang baru lah nak menjenguk. Kalau tak memang haremmm hihi

Pertama tama sekali aku nak bagitau yang diri ini sudah pun selesai diploma bulan yang lalu. Baru sekarang nak hupdate sebab haritu charger lappy rosak so berzaman lah juga tak buka lappy uwaaaa. So sekarang tidak lagi sebab Ayah dah belikan charger hehe (perlu ke nak cerita? k tak)

Aku dah habis diploma dah. Alhamdulillah. Bersyukur sangat sangat. Tak henti aku ucap syukur pada Dia. Setelah macam macam dugaan, halangan, airmata, segalanya berlaku, akhirnya dapat juga aku tamatkan diploma aku dengan jayanya. Dan sekarang ni adalah menanam anggur sehingga peringkat antarabangsa uolls. Korang ada? hehehe

Sabtu lepas aku dapat tawaran temuduga pendidikan. SARJANA MUDA PENDIDIKAN SAINS (KEPUJIAN) MATEMATIK. Kira macam dia temuduga kita layak tak jadi guru. Well memang impian aku tu dan ini baru langkah pertama. Doa doa kan lah aku dapat Insyallah Amin Amin.

So hidup korang macam mana? Okay ke? Baru aku perasan dah lebih 3 tahun blog ni wujud. Apa sahaja cerita suka duka semua aku bagitau blog ni. Dia pun layankan je hahahah! Okay lah. Semoga semua sentiasa dalam redha Allah. Ingat, apa saja yang kita lakukan niat kerana Allah, Insyallah dia sentiasa dengan kita.

Wassalam

No comments:

Hakcipta Amira Zulkainiri sepenuhnya :)